Monday, 11 July 2011

Sambungan perjalanan janin dalam 'RAHIM' ibunya...

 














" Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia daripada saripati (berasal) daripada tanah. 
Kemudian, Kami (Allah) jadikan nutfah (air mani yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
 Kemudian, air mani itu Kami (Allah) jadikan alaqah (segumpal darah), lalu segumpal darah itu Kami (Allah) jadikan mudghah (segumpal daging), dan segumpal daging itu Kami (Allah) jadikan tulang, lalu tulang-tulang itu Kami (Allah) bungkus dengan daging. Kemudian Kami (Allah) jadikan nash'ah (dia makhluk yang lain berkembang di dalam rahim). Maka Maha Suci Allah, al-Khaliq (Pencipta) yang paling baik." (Al-mukminun : 12-14)


Dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bahawa kejadian manusia dengan terperinci dan berperingkat-peringkat...

Peringkat 1 : Asal kejadian manusia berasal daripada tanah
Peringkat 2 : Nutfah (percantuman di antara benih lelaki & perempuan)
Peringkat 3 : Alaqah (gumpalan darah beku)
Peringkat 4 : Mudghah (membentuk seketul daging)
Peringkat 5 : Proses Pembentukan tulang
Peringkat 6 : Proses daging (otot) membaluti tulang-tulang yang telah dibentuk.
Peringkat 7 : Nash'ah (peringkat perkembangan janin di dalam rahim ibu)

Di dalam dunia perubatan moden, kejadian bayi itu dibahagi kepada 3 fasa yang melalui setiap peringkat kejadian manusia sepertimana yang telah diceritakan didalam al-Quran...Subhanallah...

3 fasa itu adalah...
trimester pertama : bermula dari persenyawaan antara ovum dan sperma sehingga akhir minggu ke-13
trimester kedua : dari munggu ke-14 sehingga akhir minggu ke-27
trimester ketiga : dari minggu ke-28 sehingga minggu ke-38



No comments:

Post a Comment