Friday, 8 July 2011

Permulaan yang jauh...

Berita tentang kehamilan adalah merupakan suatu berita yang menggembirakan bagi setiap bakal ibu dan ayah, khususnya bagi mereka yang pertama kali akan menjadi ibubapa. Banyak perkara dan persoalan yang akan bermain diminda, berapakah usia kandungan, bagaimana keadaan kandungan, apa yang patut dan tidak patut dilakukan sepanjang mengandung dan bilakah waktu kelahiran dan banyak lagi...

Perkembangan janin (9 minggu yang pertama...)

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?"  (az-Zumar ayat ke-6)

Di dalam al-Quran kejadian seseorang manusia diceritakan dalam 3 peringkat dalam rahim ibunya...ianya telah dibuktikan dalam perubatan moden zaman ini. 

Pre-embrionik : 3 minggu pertama kehamilan

Peringkat ini berlaku selepas ovum disenyawakan oleh sperma, sperma dan telur dari ibu akan bergabung genetik komponennya.Telur yang disenyawakan ini dipanggil zigot. Zigot akan mengambil masa selama 3 -4 hari dari tiub Fallapion untuk sampai ke uterus (rahim).



Embrionik : bermula dari minggu ke-3 sehingga akhir minggu ke-9

Selepas persenyawaan berlaku, zigot akan membahagi kepada beberapa ratusan sel yang dipanggil blastosista. Blatosista yang sebesar hujung pen ini akan sampai ke dalam rahim. proses penempelan pada dinding rahim akan berlaku. Dalam masa beberapa hari, sel-sel di dalam blastosista akan mengatur ke dalam kumpulan-kumpulan, Jisim sel di dalam akan menjadi bayi, manakala yang sebelah luar akan menjadi pundi amnion dan placenta. Sel-sel sebelah luar akan menghasilkan hormon mengandung yang dikenali sebagai hCG (human chorionic gonadotropin).Hormon hCG inilah yang dikesan semasa ujian kehamilan dijalankan

Pada akhir minggu ke-3, individu yang hamil boleh menjalankan ujian kehamilan, tetapi sekiranya keputusan adalah negatif, dinasihatkan untuk menjalankan ujian kehamilan sekali lagi pada minggu berikutnya sekiranya masih tiada pendarahan haid berlaku.


 

Sekitar minggu ke-5, janin akan tumbuh menjadi sebesar biji bijan, sel-sel dalam blastosista mula membentuk embryo muda dan membentuk organ-organ primitif. Janin mirip seekor berudu pada peringkat ini.


Otak & saraf tunjang akan terlihat. Sekitar waktu ini juga, sistem peredaran darah juga terbentuk dan jantungnya mula berdenyut. Mesin ultrasound hanya boleh mengesan denyutan jantung pada akhir minggu ke-7 dan minggu seterusnya.

Janin mendapat nutrient dan oksigen melalui tali pusat dan placenta yang baru terbentuk. Pada akhir minggu ke-8, ekor embrio tiada lagi kelihatan. pada minggu ke-9, semakin jelas ternampaknya ciri-ciri manusia, Anggota bada seperti jari, hidung, mulut, mata dan cuping telinga sudah kelihatan. Saiznya pada ketika ini sebesar biji anggur.
Fetus  : dari minggu ke-10 sehingga waktu kelahiran...
cerita seterusnya akan ku ceritakan pada masa yang akan datang...sebab perjalanannya sangatlah panjang...
 

No comments:

Post a Comment